Ni itinerary untuk hari ke empat:
1. Bay of Island
2. London Bridge
3. Lord Ard Gorge
4. Twelve Apostle
5. Footscray Halal Meat
6. Airbnb di Melbourne CBD
7. Pulang Kereta sewa di Tullamarine Airport
8. Airbnb
Kami bergerak dari Airbnb di Mckellar Court, Warnambool pada jam 10 pagi. Niat nak keluar awal tapi terlajak juga sebab kepenatan. Untuk destinasi sambungan ni, Bay of Island, London Bridge, Lord Ard Gorge dan Twelve Apostle ni syaz rangkum kan skali penceritaannya. Nak pergi tempat2 ni tak rumit pon. hanya parking sahaja di designated parking area dan berjalan ke lookout yang disediakan. Perjalanan syaz hanya berpandukan Google Maps. Saya guna line umobile dan bila di Australia hanya guna free roaming.. Ya tak perlu bayar. roaming line yang digunakan ialah Optus line. So far ada jugak time line putus waktu jalan2 GOR ni. kami jalan je sampai jumpe line... and sebelum tu bila dpt line and bukak google maps, kami tengok maps tu siap2.. jadi bila putus tu takda la confius sgt nak jalan terus ke belok kiri ke kanan ke.. dh hafal siap2. untuk Lord Ard Gorge tu, ada tangga tinggi juga untuk turun ke pantai dia yang cantik tu.. bersemput jugak la syaz bila nak naik balik tu.. hahaha.. kalau twelve apostle pula, perjalanan dia agak jauh sikit ke dalam untuk pergi ke lookout platform tu. ada dalam 10-15 minit berjalan kalau tak silap...
ni dibawah syaz kongsi kan gambar gambar mengikut tempat ya.
BAY OF ISLAND
LONDON BRIDGE
LOCH ARD GORGE
TWELVE APOSTLE
Lepas habis melawat Twelve Apostle, Jam dah tunjuk lebih kurang pukul 12.30. Kitorang pon jamah dulu bekal makanan Brahim kemudian terus bertolak menuju Melbourne CBD. Perjalanan ambil masa dalam 4 jam lebih juga. dan jalan yang kitorang lalu ni scary jugak. kiri kanan hutan.. tapi hutan diaorang bukan mcm kita.. pokok2 dia lain... so suasana baru tu lalu kat tengah2 hutan, dengan tak boleh bawak laju dan dengan jalan yang bengkang bengkok tu agak scary la..
Kitorang sampai Melbourne CBD dalam pukul 6. Lupa pulak yang kedai2 banyak tutup awal. Misi nak mencari ayam halal.. Sempat juga google cari kedai yang masih buka. Jadi kitorang stop dulu di Footscray Halal Meat. Harga ayam sekor bile dah convert ke ringgit dalam RM40 la... orang cakap berbelanja kat negara orang jangan convert.. tapi syaz rase mesti la kene convert sebab kita kene sediakan budget kan.. lagipun kita bukannye kerja kat sana, dapat gaji duit AUD.. kita kerja kat Malaysia, gaji duit Ringgit... jadi mestila wajib convert. hehe... pendapat orang lain, lain la kan.. ni syaz bagi pendapat syaz je...
Lepas beli ayam, kitorang sampai di Airbnb di Melbourne. Kitorang duduk di Spencer Street. Owner letakkan kunci di locker berkunci dekat Southern Cross Station. Seberang je dengan apartment yang kitorang duduk. Syaz pilih airbnb ni sebab tempat ni dekat dgn Southern Cross Station. Nanti nak pergi airport naik Skybus coach dari sini senang.. sebab kene consider dengan barang2 yang banyak tu berjalan kaki dgn anak lagi.. so tu yang syaz rasa sesuai sgt apartment kat sini... nak pegi area2 CBD mcm Queen Victoria Market boleh jalan kaki je dari sini.. dan naik tram dalam area CBD dikira free. Kitorang stay kat sini 5 malam.
Share kat korang apartment ni macam mana.
ni link airbnb tu:
Lepas dah unload barang2, kitorang cepat2 keluar balik nak hantar kereta sewa tu kat Quality Hotel Melbourne Airport. Waktu sampai haritu kitorang ambil kereta kat sini.. So ni bile nak pulangkan, pulangkan kat sini jugak.. bila dah pulang tu, ada van yang akan hantar ke airport semula. so dari airport tu nak ke apartment balik ke CBD, kitorang naik Skybus Coach.
tiket boleh terus beli di kaunter.
Elok pulak si husband syaz dah naik2 Skybus tu dia cakap handphone dia takde.. rasa2 tinggal kat dalam van yang hantar kitorang tadi.. aduila... tak pasal2 kene turun bus, cakap dengan conductor bus handphone tertinggal and nanti nak naik semula bus.. dia cakap ok tapi dia tak pasti kalau yang jaga nanti orang lain.. kalau dia yang jaga, dia akan bagi naik.. sebab nye waktu nak naik tadi dah scan tiket... so kalau dh turun, nanti kalau org lain jaga kat situ, tengok scan tiket dh xvalid, kene beli tiket baru. adui saba je..
Lepas dah turun, cepat2 call Hotel tadi, dan hotel tu cakap dia akan call driver. Sebab kan kitaorang call pakai number Malaysia, Hotel suruh call balik diorang lepas 5 minit... Nasib bile call tu, hotel cakap ada handphone tu dan driver on the way ke kitaorang hantar balik kat tempat yang dia turunkan kita orang.. mujur dapat balik handphone..
Terus ke Skybus, dan yang jaga tu masih orang yang sama, so terus dia bagi naik.. dalam 30-40 minit juga nak sampai... sampai apartment, terus masak sebab masing2 dah kebuluran..... haha