Thursday, July 13, 2017

Bercuti di Melbourne Day 3: Great Ocean Road

Hari ke -3 di Melbourne itinerary kami ialah pergi ke Great Ocean Road (GOR).
Pagi lagi kami dah bangun dan bersiap untuk terus checkout kerana kami akan bermalam satu hari di Warnambool.

Kalau ikut jadual, kami sepatutnya bertolak seawal 8 pagi. Tapi sebabkan letihnye berjalan semalam tu dan nak berkemas2 barang semua, terlajakla kami keluar rumah pada jam 10 pagi.

Itinerary sepatutnye hari ni xdapat complete sebab kesuntukan masa.. di Melbourne jam 5pm dah gelap. So terpaksa cancel plan esok dan sambung tempat yang tak dapat habis esoknya.

so ini itinererary untuk hari ke -3 kami:

1. Anglesea Golf Club (Tengok wild kangaroo)
2. Urquhatt Bluff
3. Memorial Arc at Eastern View
4. Teddy's Lookout
5. Kafe Koala Kennet River


Ni ialah map perjalanan kami... dari Reservoir turun sehingga ke Kennet river mengikut jalan di tepi laut. 

Bermula dengan destinasi pertama, Anglesea Golf Club. Perjalanan dari Reservoir mengambil masa 1 jam 36 minit. Kami sampai almost tengahari.. disini tempat yang famous untuk tengok kangaroo yang liar. kami dibawa menaiki golf ride on buggy oleh tour guide di situ. tour wild kangaroo ni berharga 10 AUD setiap seorang dewasa. Sementara menunggu turn kami sampai, kami makan dulu bekal makan kami.. waktu tour kami dibawa ke habitat kangaroo  dan diberi introduction untuk setiap spesies yang ada.. kangaroo kat sini mmg liar x macam yang ada di dalam zoo.. kangaroo kat sini bile kite dtg dekat dia akan lari.. kalau dia rasa terancam dia akan serang. tapi takda la yang menyerang waktu tour kami tu sebab smua jaga distance.. dalam 5-10 meter jauh dari kangaroo tu.. yang seronoknya kita dapat tengokla habitat sebenar dia... macam mana dia bertindak atas rangsangan..  kangaroo kat sini memang tak dibatasi oleh sebarang pagar. jadi dia memang bebas bergerak kemana2. waktu kami drive nak bergerak ke destinasi berikut nye tu kami nampak ada 2-3 ekor kangaroo yang besar2 badan nya berlari berkejar di atas jalan. kawasan situ pon memang banyak signboard supaya hati2 dengan kangaroo. kagum jugak sebenarnye nampak kangaroo besar2 lari atas jalan macam tu.. laju gile.. jadi kalau nak experience wild kangaroo boleh datang ke Anglesea Golf Club ni.










Next destination lepas ni ialah ke Urquhatt Bluff. Tempat ni pantai biasa2 je... mcm pantai port dickson. takde la cantik mana.. ok ok jela.. sebab dekat je dengan tempat golf club tadi.. cuma 10 minit. jadi kita singgah la kejap. lagi pun nak salin pampers diniy ni. kat situ ada kemudahan toilet.. ni syaz share gambar pantai nya ya.







Next destination di Memorial Arc Eastern View. Tempat ni memang famous dikalangan blogger2 bergambar  jika pergi ke GOR. jadi kami pon ambil peluang untuk bergambar disini. layan gambar2 dibawah ni ya.



Lepas settle bergambar kat sini, kami bergerak ke teddy's Lookout. kat teddy's Lookout ni pemandangan dia cantik ya amat. Kalau korang nak pegi GOR mesti singgah sini tau.. kalau ikut trip naik bas biasanya tempat ni tak singgah.. kalau pergi dengan kereta jangan lupa masukkan tempat ni dalam itinerary korang... cantik sangat. tengok gambar ni ya.. perjalanan dalam 20 minit dari memorial arc ni. 







Next destination kami ialah ke Kafe Koala di Kennet River. Kat sini kami singgah untuk tengok koala liar yang berkeliaran.. jumpa jugak la 2-3 ekor... tido atas pokok. semua pon jakun tengok koala..terdongak dongak tengok kat pokok. 





Jam dah tunjuk pukul 4.30 ptg. Kami mula2 teruskan perjalanan ke twelve Apostle. Perjalanan ambil masa 1 jam 20 minit. Tapi bila kami sampai tu jam dah menunjukkan pukul 6 dan waktu tu dah sangat gelap macam Magrib dah. Bila google2 tengok yang tempat tu tutup pukul 5 ptang. Masih boleh masuk lagi tapi atas risiko masing2. bila syaz bincang2 dengan husband, kami decide untuk balik ke airbnb shj. Kali ni syaz pulak yang drive. Perjalanan dari Twelve Apostle nak ke Warnambool tu ambil masa dalam 1jam stengah. Bila lalu hutan gelap2 tu rasa mcm panic attack pulak. Hutan dia lain sikit bukan macam pokok2 kat Malaysia. Jadi rasa asing dan takut jugakla bila drive malam2 berpandukan lampu kereta je. dengan jalan yang simpang siur.. selagi boleh nak rapat dengan kereta depan. nak berteman. hehe.. Sampai je kat Warnambool kami singgah dulu supermarket nak beli sayur untuk masak.. ni airbnb kami di Warnambool. kami cuma sewa harga bilik je.. tapi kami dapat enjoy satu rumah tu sebab owner rumah tak ada waktu kami datang tu. rumah dia luasnya. ada kucing kat rumah tu yang asyik nak masuk rumah je.. owner awal2 dah mesej pesan yang dia tinggalkan kunci dekat keylock box di porch dia. dia bagi no pin siap2. so takda masalah la untuk check in dan check out. bila nak kluar kami letak je balik kunci dalam tu.
ni rumah dia... rumah dia syok ada rice cooker. senang xpayah masak nasi atas dapur. 















No comments:

Post a Comment