Thursday, July 6, 2017

Bercuti di Melbourne Day 2: Puffing Billy, Maru Koala Park, Phillips Island

Hai semua, kembali bersiaran hari ni. harini nak cerita on 2nd day itinerary kami di Melbourne.
Syaz bangun awal pagi untuk siapkan breakfast dan bekal makan tengah hari. Kami bawak Brahim ready to eat meal saje. Pagi2 sediakan nasi lemak Brahim. Just gorengkan telur je. Memang sedap betul rasanya. Takda la sedap sangat. Sambal ikan bilis dia agak cair dan ikan bilis dia xrangup. Tapi sedapla kiranya kalau dapat makan nasi lemak bila kat bumi orang kan.

Itinerari kami pada hari ini ialah :-

1. Puffing Billy Steam Train (Belgrave to Menzies Creek) Return
2. Maru Koala Park
3. Phillips Island Chocolate Factory
4. Nobbies Centre

Jadi bermula dengan destinasi pertama. Perjalanan ke Puffing Billy (Belgrave) mengambil masa lebih kurang 50minit dari Airbnb kami yang terletak di Reservoir. Jalan nak ke Puffing Billy ni ada tol tau. Nak tahu berapa tol dia boleh check post saya yang sewa kereta sebelum ni. Bila sampai, kami hanya ambil ticket yang paling dekat, iaitu dari Belgrave ke Menzies Creek. Tiket kami beli on the spot sahaja. Satu tiket adult 32Aud. Sebelum beli minta check dengan orang kaunter schedule untuk balik ke Belgrave bila sebab di Menzies creek tu tak de apa2 yang boleh dibuat. Kalau waiting time nak tggu train balik ke Belgrave lama.. agak bosan la nak tunggu. Waktu kami naik tu, kami dah check dengan orang kaunter, cuma selang 5 minit je dah boleh naik semula train untuk pulang ke Belgrave. So kami ON.  Perjalanan dari Belgrave ke Menzies Creek hanya 30 minit saja. Kami nak rasa-rasa je macam mana feeling naik steam train jadi ambil yang shortest distance pon ok jugak... tiket pon tak terlalu mahal. Memang best naik steam train ni. Kaki boleh terjuntai keluar. Bila sampai di Menzies Creek cepat2 kene keluar. Dia cuma satu station sahaja... Nasib kami sempat keluar. kelam kabut jugak panggil conductor untuk bukak pintu dan terus lompat ke train return ke Belgrave. Nasib baik sempatt! Fuhh...

 Papan tanda Puffing Billy. Tempat parking ada kat sini.. tak jauh pon nak berjalan.

Kaunter tiket disini. Jangan lupa tanya schedule pulang pukul berapa supaya tak menunggu lama nanti

  ni la tiket nya. seorang hanya 32AUD. kalau lagi jauh destinasinya lagi la mahal.

 Diniy pon nak menjulur kaki. syaz pegang kuat2 tu.. risau dia jatuh..
 ini ialah Belgrave station. 

 syaz pulak nak merasa juntai2 kaki sementara husband tolong jagakan anak. hihi



Tempoh perjalanan kami return ride adalah dalam 1 jam. Lepastu kami pergi salin pampers diniy kat toilet dia. kat sini ada kemudahan baby. microwave pon ada. bagus sangat... rasanya kat Aussie ni memang sangat2 baby friendly dan toilet untuk adults pon banyak.. kami takda masalah nak membuang air kecil/ besar selama berada di sana.

Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 12 tengah hari.. Masuk je kereta kitorang bukak bekal Nasi goreng Brahim kami.. Sejuk2 ni mmg sentiasa rasa lapar je. dan walaupun nasi tu sejuk tapi kitorang makan je dengan berselera sekali. haha.

Lepas selesai makan. Husband pon start kereta untuk pergi ke next destination iaitu Maru Koala Park. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam dari Belgrave.

Ticket Maru Koala Park hanya 20 AUD untuk adults. Untuk pricing lebih detail boleh ke laman web Maru Koala Park disini : KLIK SINI

Kat sini yang seronoknya boleh main dengan banyak binatang yang ada. kangaroo dia memang jinak. boleh beli food packet dan bagi kangaroo dia makan. dia ada show jugak tapi kitorang tak berkesempatan nak tengok. bila sampai dah nak abis. jadi kalau nak pegi kene check schedule show dia supaya tak terlepas.
Jom layan gambar yang ada..













Kemudian, terus ke destinasi ke-3, Philips Island Chocolate Factory. kat sini, kami datang hanya untuk minum coffee sahaja dan bergambar di luar factory. kami tak masuk pon untuk tengok cara2 nak buat chocolate tu. Sedia maklum dari info blogger blogger lain, kat sini makanannya halal. tapi sebab masih kenyang lagi, kami tak jadi makan. duduk duduk minum kopi dikala sejuk2 memang best... terasa air panas masuk di ruang tekak tu.. bestt!.





Lepas tu kami bergerak pula ke Noobies Centre. Perjalanan hanya ambil masa 12 minit dari Philip island chocolate factory. Dekat sini yang menariknya pemandangan nya yang cantik. dan angin yang sangat kuat. Actually kat sini boleh tengok penguin pulang petang tapi kami taknak sebab bayarannya agak mahal dan nanti dalam itinerary kami ada nak pergi ke St kilda beach juga untuk tengok penguin.. kalau di st kilda tu.. boleh tengok free.. kat bawah ni gambar2 pemandangan di Noobies center..






Lepas dah puas bergambar kami pon bergerak pulang ke Airbnb kami di Reservoir. Perjalanan ambil masa 2 jam nak balik...

No comments:

Post a Comment