Monday, June 5, 2017

Sewa Kereta di Melbourne

Hi Semua,

Hari ni nak cerita pasal menyewa kereta di Melbourne.
Syaz guna khidmat Apex Car Rental.
Syaz ceritakan dari mula macam mana prosedurnye ya.

BOOKING:
Untuk booking boleh pergi ke website: https://www.apexrentals.com.au/
Boleh pilih tarikh kita nak guna. misal kata nak pinjam 31 March, 11 00 PM --> 3 March 11 PM tu kira 3 days. 31 March pukul 11pm sampai 1 April 11 PM tu kira 1 day. Jadi boleh buat kira2 pukul berapa nak pulangkan untuk fully utilized kan kereta. kalau kita nak ambil kereta luar waktu office hour dia akan charge 35 AUD. Macam syaz terpaksa ambil lambat pukul 11 PM tu sebab kalau nak ambil esok nya macam tak sempat sebab nak gerak awal pagi. Jadi redha je bayar charges tu. Lagi satu, kene ada kenderaan jugak nak bergerak dari airport ke airbnb. bila Syaz survey taxi pon dalam 40 AUD jugak. Jadi taknak pening kepala terus je ambil kereta kat airport. Senang. Kami pilih kereta Hyundai Elantra. Bayaran boleh dibuat dengan credit card atau debit card. Macam syaz, syaz guna debit card. takda masalah. Insurans syaz ambil yang fully covered (zero excess) ini untuk driving dengan hati yang tenang memandangkan pertama kali driving di negara orang. Kekok dengan traffic, laluan bus, laluan bicycle dieorg. Jadi kalau berlaku apa2 accident, tak perlu risau nak bayar kerosakan kereta. Insurans dia selain dari zero excess ada lagi 2750 aud excess dengan 500 aud excess.. maksudnya kalau kita pilih yang 500 excess ni nanti kalau ada apa2 kerosakan, kita kene bayar maksimum 500 aud.

ARRIVAL:
Bila dah sampai boleh call nombor yang dia bagi untuk dia hantarkan shuttle van. Ada tempat tunggu dia berhadapan dengan Park Royal Hotel. Orang car rental akan minta tunggu di bus stop warna coklat.
belakang tu la yang dikatakan bus stop warna coklat tu. waktu mula2 sampai haritu pon syaz bersungguh2 mencari mana warna coklat nyeee.... rupenye sikit je tanda2 warna coklat tu.. hahaha. Sebab Syaz amik kereta malam, shuttle van ambil kami dan hantar ke Quality Hotel Melbourne untuk ambil kereta.

TOLL:
Sistem toll di Melbourne pakai system e-tag. e- tag ni syarikat rental car dah install pada kereta dah.  bila kita lalu je satu kawasan tu dan ada bunyi beeep maksudnya laluan tu ada toll la.. selama saya lalu di highway dia, saya tak nampak di kawasan toll tu ada toll booth macam kita di Malaysia.
smua bill2 toll tu dia akan charge ke credit/debit card kita. Untuk syarikat rental car ni, dia ada kenekan daily service fee untuk toll service tu sebanyak 3.30aud. Kat bawah ni sy share invoice yang sy terima berkenaan dengan charges toll. 

abaikan yang transaction declined tu sebab debit card tu hilang, syaz terpaksa cancelkan debit card tu, tu yang payment tak boleh go thru.


CARSEAT:
Disebabkan kitorang ada anak kecil, jadi memang wajib untuk ambil carseat ni. Di Australia memang rules nye kanak2 kene duduk dalam car seat. kalau jumpa polis tengah jalan tak pakai car seat ready la kene saman ya... boleh check dalam website untuk booking siap2 carseat ni... dalam 12aud shj per hire. kira murahla tu.. kalau rental car di uk diaorang kira 10pound per day... kalau rental 7 hari convert2 dekat rm500.. haha xbaloi sungguh. elok la bawak dari rumah car seat kalau camtu.

Selesa si Diniy ni duk dalam car seat dia... bersih. 


Ni kereta yang kitorang sewa. kereta ni auto. hihi... jadi syaz pon boleh drive.. 









Tuesday, May 2, 2017

Bercuti di Melbourne - DAY 1 dan TIPS BAWA BABY NAIK FLIGHT

Assalamualaikum and hai semua!.

Hari ni syaz nak update percutian ke Melbourne selama 9 hari 8 malam. 
Percutian ni sempena dengan anniversary kami yang ke-3 tahun.

Flight yang syaz pilih ialah Airasia sebab waktu tu ada promo untuk seorang return 800 macam tu. 
Tapi selepas add on luggage total 45kg pergi dan 40kg balik, dengan ditambah pula lagi dengan add on Hot Seat yang ada bassinet baby, total tiket jadi rm1500 seorang.. Total syaz belanjakan untuk flight jadi rm3100. Ini termasuk tiket Syaz, Husband and Diniy (infant umur 1 tahun setengah). Tiket Diniy cuma rm300 return.
Syaz nak jugak ambil hot seat tu sebab memikirkan long hour flight which is 8 jam. 
Waktu yang syaz ambil tu pukul 10.10 AM dan dijangkakan sampai pukul 9 malam. Jadi waktu ni anak yang sorang ni tengah segar dan aktif sangat. Syaz pikir tak larat pulak nanti nak dukung dia kat riba all the time 8 jam.. Fikir juga nanti mungkin nak tidur. Jadi tu yang nak taknak keluarkan duit lagi untuk ambil hot seat tu.

Sebabkan diniy ni aktif sangat, syaz ada mintak advice kawan syaz yang doctor untuk advice apa nak buat. Jadi kawan syaz cakap boleh bagi dia syrup piriton 2ml before naik flight tu. Ubat piriton ni ubat selsema yang mengantuk. Biasanya lepas bagi syrup piriton ubat tu akan react selepas 30 minit mcam tu.. Tapi Diniy ni lepas 4 jam baru dia tido.. ubat tu takda effect pon kat dia.. haha. selama 4 jam atas flight tu Syaz dengan husband bertabah la melayan kerenah dia...


Diniy dalam Bassinet. Syaz gantung handphone yang dah berisi pelbagai children songs untuk dia tengok dalam flight. Time ni terpaksa hulur je gadjet nak bagi diam. elok pulak handphone tu boleh selit kat tingkap. Flight attendant ok je tak cakap apa2. so senang syaz takpayah nak pegang untuk dia. dan dia pon tak perlu pegang handphone tu sebab nnti takut dia baling kena orang pulak.. 

 haa elok pun tido ni haa.. ni selepas 4 jam berperang dengan dia. Tapi tido tak lama pon.


Diniy santai2 tengok video dia sambil minum susu. Air Asia tak bagi bantal jadi syaz alaskan neck pillow. Lagi satu Diniy ni tinggi orang dia. Jadi memang kalau dia straightkan kaki tak muat dalam bassinet ni. Tu yang kene sorongkan bantal nak bagi kepala dia selesa boleh melunjur kaki. Sebelum nak add on bassinet dan hot seat ni, make sure baby berat dia tak lebih dari 11kg tau. 

TIPS BAWA BABY NAIK FLIGHT:
1. Boleh bawak thermos yang berisi air panas, air suam dalam botol. Susu tepung. Air panas kalau tak cukup boleh mintak pada flight attendant mintak refill kan. Makanan baby atau kudap2 mcm roti boleh bawak secukupnya.
2. Boleh bawak ubat2 baby macam paracetamol, piriton, ubat batuk, minyak2 telon, yuyee dsb. Liquid2 ni kene less than 100ml. 
3. Barang2 untuk baby ni waktu dekat kastam check, boleh cakap dengan officer tu yang air tu untuk baby dan pastikan officer tu nampak baby. Jangan husband dh jalan dengan baby dulu ke depan. Mak nye tinggal sorang kat belakang.. nanti susah officer tu nak lepaskan air tu kalau xnampak baby.
4. Waktu nak chop passport kalau dekat KLIA/KLIA2, sila queue dekat kaunter. Jangan pergi dekat auto gate sebab baby tak boleh lepas kat situ sebab dia kene 1 by 1.
5. Waktu nak take-off tu bagi baby minum susu nak avoid telinga dia berdengung. Diniy jenis tak menangis tapi kalau telinga dia berdengung syaz perasan dia tepuk2 telinga dia..
6. Diapers pastikan bawak berlebihan. Sebab kita nak bagi tenangkan anak dengan makanan dan susu. Jadi mesti diapers cepat penuh. So kene slalu tukar juga untuk dia selesa. bawak juga plastik ya untuk isi baju kotor or isi diapers yg berisi tahi. nanti bile buang dekat tong sampah flight tu takda la bau busuk sangat bila dah kedapkan bau tu dalam plastik siap2. Dalam flight ada baby changing station. kalau flight air asia ni dia dalam toilet. Ruang dia sangat sempit. Jadi pandai2 la bawak apa yang patut je dalam toilet tu. Nak senang bukakan baju baby siap2 dekat seat. 
7. Pilih seat yang dekat dengan toilet. Supaya senang nk bergerak dekat. Kadang2 toilet penuh dan orang akan beratur. Tapi bila kita dengan anak susah sikit nak beratur. Jadi pilih seat yang dekat dengan toilet. Boleh perhatikan toilet kalau takde orang boleh pegi dengan cepat bawak baby. (tu pon confirm akan ambil masa). 


barang barang kitorang pergi je 45kg. makanan bawak 1 beg. hihi


ni keluasan duduk hot seat paling depan skali.. untuk seat ni syaz add on rm150 seorang one way. jadi return seorang rm300. dua orang rm600. Harga ni berbeza ikut destination. Memang selesa untuk perjalanan jauh dengan anak kecik yang aktif


ini alah arrival card Australia. Untuk makanan Syaz memang boleh katakan 80% makan bekalan yang dibawa dari Malaysia. Syaz ada buat research terlebih dahulu tentang makanan apa yang boleh dibawa ke Australia. Australia ni kastam dia strict. Dalam arrival card ni syaz declare semua. 
Boleh refer blog kaki berangan kaki berangan- tips bawa makanan ke australia untuk senarai makanan yang boleh dibawa dan dilarang. 

Bila kat kastam Australia tu, officer tu tanya tentang makanan yang syaz bawa. syaz ada bagi dia list makanan apa yang syaz bawa dan dia tanya " You have chicken and meat?" sebab syaz bawak brahim ready to eat. Jadi dia pon bukak beg dan check. dan officer tu check check lebih kurang je sebab dia tengok semua makanan dalam packet2 commercial. Dia lebih concernkan makanan yang kita masak sendiri kat rumah macam sambal ikan bilis yang pek sendiri dalam plastik. yang tu syaz tengok orang depan syaz kene rampas sebab dia bawak makanan mcm tu.

dah sampai!! tengah menunggu shuttle bus untuk ambil kitorang ke Apex Car Rental.

Kat bawah ni ialah gambar-gambar accomodation kami selama 3 hari 2 malam. Lokasi ni di Reservoir. Dalam 20 minit dari Melbourne Airport. Murah sangat tempat ni dalam RM115 je sehari. dia macam guest house di belakang rumah owner. Owner ni baik sangat dia siap bagi roti, susu, buah, coffee, tea, gula smua ada. Kat sini memang syaz masak. Dia ada hot plate. Hot plate dia ada satu je. jadi leceh sikit kene masak satu2.. masak nasi dulu pastu baru boleh masak lauk brahim. kalau ada dapur banyak senang boleh masak pelbagai dalam satu masa. Jadi kat sini memang sempoi je la masak dia.. makan lauk brahim je! hihi. panaskan! lagi satu toilet nye kat luar dia attach dengan rumah owner cuma dalam 5 langkah keluar dari pintu. tapi ok je. takda orang yang lalu lalang bila kita nak kluar tu. memang privasi. Tapi sejuk nye Ya Allah bila nak kluar tu. Tak biasa lagi kan kalau keluar rumah nak kene bertutup litup pakai sweater.. memang kene pakai fully tebal2 even nk pegi toilet. Ni syaz share link airbnb untuk rumah ni.
Boleh klik link ni: AIRBNB RESERVOIR













Sunday, July 6, 2014

Majlis Pernikahan di Masjid Terapung Puchong Perdana

Hi All,

Sebelum ni I ada kluar entry pasal buat majlis nikah di rumah atau di masjid kan.
So, untuk pengetahuan semua, i dah pun langsung kan majlis nikah tu di masjid.
I buat di dewan dkat masjid tu. Kiranya, majlis i private la. tak buat beramai2 di tempat solat.
so ni I nak review sikit pengalaman I buat majlis di masjid Puchong Perdana ni.
I booking dengan En Afizan pihak pengurusan Masjid Puchong Perdana 7-8 bulan sebelum majlis.
I datang dengan my abah jumpa dengan En Afizan untuk berbincang. Antara perbincangan tu termasuklah:

1. Menyewa Dewan Saidina Abu Bakar
2. Menyewa kerusi dan meja makan
3. Menyewa PA system
4. Bincang harga: total RM550 sekali dengan dewan yang ada aircond, meja 5 biji, 1 meja tempat letak makanan, P.A system.
5. Nak pasang pelamin dalam dewan. Ade certain masjid xbagi. bukan ape, takut orang yang lalu lalang luar dewan komplen. biasalah mulut org. so better komfirmkan dengan pihak pengurusan dulu boleh pasang ke tak.

So lepas selesai bayar deposit, En Afizan mintak contact dia balik untuk comfirmkan dengan dia 4 hari sebelum majlis. Katanya, takut dia lupa ada tempahan and dia overlap. (hehe).

Lepas tu, En Afizan bawak kitorang melawat dewan tu. so I pon mulakan sesi investigation. haha..
I kira keluasan dewan tu la apa lagi.. kan nak setup pelamin... senang i dapat bagi ukuran kat Vendor,
dia pon boleh arrange macam mana.. so kira2 ukuran nye 32x46. ni ukuran ni i ambil dari kira mozek kat lantai tu. so ade 32 biji mozek lebar x 46 biji mozek panjang

So, inilah rupa nya majlis yang berlangsung di dalam dewan tu.

Sebelum ramai orang. hujung tu ada meja. 

 setup pelamin by AAWD
the other side of the hall

 pandangan dari belakang bridesmaid

 pelamin dari side belakang bridesmaid
 my guest 
 xengat kenapa bergelak ketawa..

 ade kerusi disediakan untuk golongan veteran






So overall, mmg bagus la sebenarnye buat majlis kat luar dari rumah... sebab apa.. memang rumah tak huru hara... dah cukup la rumah huru hara dengan door gift yang belambak dan cost sewa tak mahal pon.. mcm harga pasang khemah, so boleh tolak penat angkat atur meja kerusi rumah tu nak bagi ruang... lagipun masjid cukup dengan segala kelengkapan... orang nak semayang zohor atau asar boleh terus naik tempat semayang. nak pegi toilet pon ada.. bnyk toilet nye.. xpayah nak queue.. so lepas majlis, skadar angkat bawak balik barang2 sket2 and baki2 makanan untuk continue saji kat sedara mara yang komfirm akan singgah di rumah lepas tu. point i buat kt sini lagi satu sebab majlis reception buat kat dewan.. so mmg i tak payah nak bukak khemah lagi la..
nasib kebtulan time majlis i tu selangor tengah catu air berjadual... memang kene time air takde... nasib sangat2 dah booking buat majlis kat masjid. kalau tak macam mane la tetamu nak membasuh nak ke toilet semua.... my family pon bile malam tu lari ke rumah my cousin kat putra heights tido sana n bersiap untuk majlis reception esoknye tu dari sane. i plak last minit pkul 10 malam time on the way nak ke dewan, bincang2 dengan husband rasa mcm nak check in hotel di everly putrajaya. cepat2 godek2 handphone book kat agoda. Sebabnye.. satu, rasa jauh sangat nye la Puchong dengan Putrajaya tetiba sbb mengenangkan badan tengah penat yang amat sangat.. and dua.. sbab takde air... so pukul 1 pagi la baru check in hotel.  phewww pnyela lega bila dapat mandi malam tu setelah dari pagi sblum majlis nikah tak mandi.. segar sangattttt!!!

Saturday, July 5, 2014

Review Bunga Tangan Fresh Flowers

Hi All,

I am very certain on what I want.
Bak kate orang cerewet mak aihh..
haha.. so utk hand bouquet, I memang target nak jenis :

1. POSY SHAPE warna cream, yellow, green for solemnization.
2. CASCADING SHAPE for my Reception ala2 Scha Al-yahya hand bouquet time wedding dia.

So, untuk nikah I, i request pada Mila AAWD untuk bunga style posy shape, ikut tema color I.
and here below is the hand bouquet.
i suke betul dengan hand bouquet ni.. taktau apa jenis bunga yang kaler hijau tu.. tapi sangat like.
looks so classic and elegant HB I.
haha. Thanks Mila.


the hand bouquet


For my reception,at first i wanted Peonies. but to my suprise peonies ni mahal la nye woi.. i ada minta quotation price for peonies harga nye rm300 my gawd.. xsanggup babe nak spend rm300 for HB. kalau jenis kaya mak raya takpela nk tabur duit. bukan kate HB je peonies... habis satu pelamin, satu bilik tabur ngn peonies khennnnn!!..
haha..
so simpan jela niat nak berbungakan peonies. i go for another option. suka jugak.. style cascading. start minat tengok style cascading macam kate middleton pakai tu... mcm ni...
Cantik kan..?


but my wedding is purple color so i wanted my HB to be purple. and i teringatkan yang Scha Alyahya punye handbouquet was purple. and i penah puji and telek lama handbouquet dia. i terus i determined nak mcm Scha punyaaaa...cun kan jurai2 dia...


so i merisik florist2 yang boleh buat cascading flower. 
and end up i setuju to order with kak Renee. she quoted a price mampu milik. below RM200. With that she said she can do inspired one. because the daun yang jurai2 (green amaranthus) tu susah nak ada stock. and few days before the wedding kak renee inform i yang daun tu and wild orchid takda stock and she replace with other flowers.
so here is the results:
i like it! i like it!. it really stands out and match with my dress. thumbs up kak renee. the hand bouquet didn't dissapoint me. cantik sangat.. ramai yang teruja dengan handbouquet I time wedding tu..
but hell yeah... berat ok.! kene pegang dua tangan.. anyway, untuk pengetahuan uols, this cascading type of hand bouquet sangat bagus untuk yang nak nampak kurus sebab die menjurai ke bawah.. and posy round shape will give the round effects to u too.. means mok2.. hehe... 

For my bertandang, at first i dah ada dah artificial hand bouquet. but at the last minute, i ajak joe to go to Petaling Street and we bought some flowers, went to diy stores to get the flowers pliers, some pins and grab some brown twine strings, and head to our hotels that night and start doing my hand bouquet..
Joe tolong I pegang buat HB tu.. bukakkan kelopak bunga, pegangkan, bentukkan shape, and tolong i tie the hand bouquet. so voila hasilnya like below:

okla.. not bad la hasil tangan sendiri kan... last minute pulak tu... ouh modalnye RM50. i beli 1 bundle rose, 1 bundle carnation and 1 bundle baby breath. 

tu saje cerita pasal hand bouquet kali ni.. meowww

Official Photographer Review

Hi Semua. 

Harini I nak review photographer yang amik time wedding ritu.
Well well.. seriously i recommend diorang ni kat korang.
Memula ritu I sign up package  Maze Lensa for RM6.1 K untuk 3 event Photo+ 2 event Video.
After awhile, dah nak dekat2 wedding tu, I macam rasa emm xnak spent mahal2 sangat on Photo+Video. 
I dah banyak habis duit.. Rasa kalau dapat cari yang lebih murah i would wanna go for it.
so at the last minute i think since i dah bayar deposit RM300 with Maze lensa, I would stay with them with just the video package and decide nak cari OP lain.
I pon mmg minat dengan video Maze Lensa. Memang cantik.
and pada pendapat I la, Photo memang dah banyak lawa2 skarang. (senang nk cari lawa2 compare to video)
so bile dah ade video yang minat tu stay je la..
and i pikir nak cari shoot and burn package je. utk album i nak amik kat groupon je...
tanya punya tanya punya kat ramai2 photographer,
ade yang mahal gile utk shoot and burn shj. rm2.4k just for shoot and burn. mahal weh. 1 event kotttt. lol.
okla awk dh ade nama kan.. FINE! 
I nak ukur baju di badan sendiri. find whichever photographer yang offer price for shoot and burn that suits my budget.
which is RM500 per event.
So, nak dijadikan cerita, Photoseenthesis ni shoot wedding kawan I. 
then bile gambar kwn i tu upload kat FB dia, brought me to Photoseenthesis page.
i pon belek2.. hmm cun gakk dieorang ni amik gambar..
pon merisikla tanye harga...
harga diorg bagi mmg ngam budget i. 
i pon ape lagi book diorang terus la..
kitorang ade meetup few days before wedding.. untuk bincang time and fokus nak camne2 ape.. 
borak2....
photographernye ade 2 org. husband and wife. apit dgn eja.  diorang mmg buat kerja sama2.. shoot sama2..
how sweet khennn?~~
diorang ni memang sempoi je... apit tu riuh sket.. eja pon melayankan je...  so mmg selesa bekerja dgn diorang... 
xrase kekok, i tell you PR diorang mmg the best. 
pulak tu diorang ni husband and wife kan.. so diorang peluk2 la tunjuk camne nak posing kat pengantin..
and tak mainla posing2 cam ala2 zaman2 dulu.. yg pegang tengkolok nampak muka tuu.. yang kat meja beradap belit2 tangan minum air tu.. hahahahhahaha.. so outdated gitewwww.... xstyle langsung..
style diorang shoot mmg style paling latest.. 
diorang cam shoot moments. and idea diorang mmg banyak...
tak lupe jugak I pon bg idea2 shoot and prepare props.
so mmg ngam la.. nice n thorbaik hasil nye..
disebabkan diorang ade 2 org... apit akan shoot candid2 shots. while eja akan shoot dekat2 pengantin.. 
n one thingggg.... diorang ni cepat gile upload gambar k..
ni yang paling the best. 
Pagi i nikah tu.. malam tu dah upload pic dah kat FB diorang.. bende fresh2 kan orang suke tengok.. excited.. dah 2-3 bulan baru nak upload dah lapuk la... excitedness tu kurang la.. dah rase pengantin lama dah..
makeup artist i pon puji cakap lajunye diorang upload gambar...
tahu2 je esoknye time majlis reception tu diorang cakap "kami dah upload dah gambar nikah.. dah tengok takkk??"
hahaha.. mmg xsempat la bz nokkk pengantin baru nk prepare...
papehal pon diorang mmg best.. ramai dah kawan2 i yang nak amik diorang...
ok ni i share some of the photos and share the link of the album kat FB i.

Majlis Nikah
 Acewah.. 
 Officially your wife.




 Reception I
 Potraiture pose lepas bersiap2

 bought socks for the grooms and his grooms men and pose like this just simply to show "we had a matching socks!!!"
tengah poyo2 golfing. tapi mana bola nya baaah..??

 my husband kene lambung by his grooms men..
 us taking a walk in the bush.
 grooms men excited my husband showing his ring. "damn joe! ko dah kawen dowhhh.. " haha
 ni i plak taking a walk sambil posing2.. acewah


 the hanger says i'm the bride. made the hanger myself.. lenguh2 tangan pintal2 wire tuh...
 and he's the groom.
walking up to pelamin







Majlis Bertandang
 Berzapin plak