Tuesday, May 2, 2017

Bercuti di Melbourne - DAY 1 dan TIPS BAWA BABY NAIK FLIGHT

Assalamualaikum and hai semua!.

Hari ni syaz nak update percutian ke Melbourne selama 9 hari 8 malam. 
Percutian ni sempena dengan anniversary kami yang ke-3 tahun.

Flight yang syaz pilih ialah Airasia sebab waktu tu ada promo untuk seorang return 800 macam tu. 
Tapi selepas add on luggage total 45kg pergi dan 40kg balik, dengan ditambah pula lagi dengan add on Hot Seat yang ada bassinet baby, total tiket jadi rm1500 seorang.. Total syaz belanjakan untuk flight jadi rm3100. Ini termasuk tiket Syaz, Husband and Diniy (infant umur 1 tahun setengah). Tiket Diniy cuma rm300 return.
Syaz nak jugak ambil hot seat tu sebab memikirkan long hour flight which is 8 jam. 
Waktu yang syaz ambil tu pukul 10.10 AM dan dijangkakan sampai pukul 9 malam. Jadi waktu ni anak yang sorang ni tengah segar dan aktif sangat. Syaz pikir tak larat pulak nanti nak dukung dia kat riba all the time 8 jam.. Fikir juga nanti mungkin nak tidur. Jadi tu yang nak taknak keluarkan duit lagi untuk ambil hot seat tu.

Sebabkan diniy ni aktif sangat, syaz ada mintak advice kawan syaz yang doctor untuk advice apa nak buat. Jadi kawan syaz cakap boleh bagi dia syrup piriton 2ml before naik flight tu. Ubat piriton ni ubat selsema yang mengantuk. Biasanya lepas bagi syrup piriton ubat tu akan react selepas 30 minit mcam tu.. Tapi Diniy ni lepas 4 jam baru dia tido.. ubat tu takda effect pon kat dia.. haha. selama 4 jam atas flight tu Syaz dengan husband bertabah la melayan kerenah dia...


Diniy dalam Bassinet. Syaz gantung handphone yang dah berisi pelbagai children songs untuk dia tengok dalam flight. Time ni terpaksa hulur je gadjet nak bagi diam. elok pulak handphone tu boleh selit kat tingkap. Flight attendant ok je tak cakap apa2. so senang syaz takpayah nak pegang untuk dia. dan dia pon tak perlu pegang handphone tu sebab nnti takut dia baling kena orang pulak.. 

 haa elok pun tido ni haa.. ni selepas 4 jam berperang dengan dia. Tapi tido tak lama pon.


Diniy santai2 tengok video dia sambil minum susu. Air Asia tak bagi bantal jadi syaz alaskan neck pillow. Lagi satu Diniy ni tinggi orang dia. Jadi memang kalau dia straightkan kaki tak muat dalam bassinet ni. Tu yang kene sorongkan bantal nak bagi kepala dia selesa boleh melunjur kaki. Sebelum nak add on bassinet dan hot seat ni, make sure baby berat dia tak lebih dari 11kg tau. 

TIPS BAWA BABY NAIK FLIGHT:
1. Boleh bawak thermos yang berisi air panas, air suam dalam botol. Susu tepung. Air panas kalau tak cukup boleh mintak pada flight attendant mintak refill kan. Makanan baby atau kudap2 mcm roti boleh bawak secukupnya.
2. Boleh bawak ubat2 baby macam paracetamol, piriton, ubat batuk, minyak2 telon, yuyee dsb. Liquid2 ni kene less than 100ml. 
3. Barang2 untuk baby ni waktu dekat kastam check, boleh cakap dengan officer tu yang air tu untuk baby dan pastikan officer tu nampak baby. Jangan husband dh jalan dengan baby dulu ke depan. Mak nye tinggal sorang kat belakang.. nanti susah officer tu nak lepaskan air tu kalau xnampak baby.
4. Waktu nak chop passport kalau dekat KLIA/KLIA2, sila queue dekat kaunter. Jangan pergi dekat auto gate sebab baby tak boleh lepas kat situ sebab dia kene 1 by 1.
5. Waktu nak take-off tu bagi baby minum susu nak avoid telinga dia berdengung. Diniy jenis tak menangis tapi kalau telinga dia berdengung syaz perasan dia tepuk2 telinga dia..
6. Diapers pastikan bawak berlebihan. Sebab kita nak bagi tenangkan anak dengan makanan dan susu. Jadi mesti diapers cepat penuh. So kene slalu tukar juga untuk dia selesa. bawak juga plastik ya untuk isi baju kotor or isi diapers yg berisi tahi. nanti bile buang dekat tong sampah flight tu takda la bau busuk sangat bila dah kedapkan bau tu dalam plastik siap2. Dalam flight ada baby changing station. kalau flight air asia ni dia dalam toilet. Ruang dia sangat sempit. Jadi pandai2 la bawak apa yang patut je dalam toilet tu. Nak senang bukakan baju baby siap2 dekat seat. 
7. Pilih seat yang dekat dengan toilet. Supaya senang nk bergerak dekat. Kadang2 toilet penuh dan orang akan beratur. Tapi bila kita dengan anak susah sikit nak beratur. Jadi pilih seat yang dekat dengan toilet. Boleh perhatikan toilet kalau takde orang boleh pegi dengan cepat bawak baby. (tu pon confirm akan ambil masa). 


barang barang kitorang pergi je 45kg. makanan bawak 1 beg. hihi


ni keluasan duduk hot seat paling depan skali.. untuk seat ni syaz add on rm150 seorang one way. jadi return seorang rm300. dua orang rm600. Harga ni berbeza ikut destination. Memang selesa untuk perjalanan jauh dengan anak kecik yang aktif


ini alah arrival card Australia. Untuk makanan Syaz memang boleh katakan 80% makan bekalan yang dibawa dari Malaysia. Syaz ada buat research terlebih dahulu tentang makanan apa yang boleh dibawa ke Australia. Australia ni kastam dia strict. Dalam arrival card ni syaz declare semua. 
Boleh refer blog kaki berangan kaki berangan- tips bawa makanan ke australia untuk senarai makanan yang boleh dibawa dan dilarang. 

Bila kat kastam Australia tu, officer tu tanya tentang makanan yang syaz bawa. syaz ada bagi dia list makanan apa yang syaz bawa dan dia tanya " You have chicken and meat?" sebab syaz bawak brahim ready to eat. Jadi dia pon bukak beg dan check. dan officer tu check check lebih kurang je sebab dia tengok semua makanan dalam packet2 commercial. Dia lebih concernkan makanan yang kita masak sendiri kat rumah macam sambal ikan bilis yang pek sendiri dalam plastik. yang tu syaz tengok orang depan syaz kene rampas sebab dia bawak makanan mcm tu.

dah sampai!! tengah menunggu shuttle bus untuk ambil kitorang ke Apex Car Rental.

Kat bawah ni ialah gambar-gambar accomodation kami selama 3 hari 2 malam. Lokasi ni di Reservoir. Dalam 20 minit dari Melbourne Airport. Murah sangat tempat ni dalam RM115 je sehari. dia macam guest house di belakang rumah owner. Owner ni baik sangat dia siap bagi roti, susu, buah, coffee, tea, gula smua ada. Kat sini memang syaz masak. Dia ada hot plate. Hot plate dia ada satu je. jadi leceh sikit kene masak satu2.. masak nasi dulu pastu baru boleh masak lauk brahim. kalau ada dapur banyak senang boleh masak pelbagai dalam satu masa. Jadi kat sini memang sempoi je la masak dia.. makan lauk brahim je! hihi. panaskan! lagi satu toilet nye kat luar dia attach dengan rumah owner cuma dalam 5 langkah keluar dari pintu. tapi ok je. takda orang yang lalu lalang bila kita nak kluar tu. memang privasi. Tapi sejuk nye Ya Allah bila nak kluar tu. Tak biasa lagi kan kalau keluar rumah nak kene bertutup litup pakai sweater.. memang kene pakai fully tebal2 even nk pegi toilet. Ni syaz share link airbnb untuk rumah ni.
Boleh klik link ni: AIRBNB RESERVOIR