Monday, June 5, 2017

Sewa Kereta di Melbourne

Hi Semua,

Hari ni nak cerita pasal menyewa kereta di Melbourne.
Syaz guna khidmat Apex Car Rental.
Syaz ceritakan dari mula macam mana prosedurnye ya.

BOOKING:
Untuk booking boleh pergi ke website: https://www.apexrentals.com.au/
Boleh pilih tarikh kita nak guna. misal kata nak pinjam 31 March, 11 00 PM --> 3 March 11 PM tu kira 3 days. 31 March pukul 11pm sampai 1 April 11 PM tu kira 1 day. Jadi boleh buat kira2 pukul berapa nak pulangkan untuk fully utilized kan kereta. kalau kita nak ambil kereta luar waktu office hour dia akan charge 35 AUD. Macam syaz terpaksa ambil lambat pukul 11 PM tu sebab kalau nak ambil esok nya macam tak sempat sebab nak gerak awal pagi. Jadi redha je bayar charges tu. Lagi satu, kene ada kenderaan jugak nak bergerak dari airport ke airbnb. bila Syaz survey taxi pon dalam 40 AUD jugak. Jadi taknak pening kepala terus je ambil kereta kat airport. Senang. Kami pilih kereta Hyundai Elantra. Bayaran boleh dibuat dengan credit card atau debit card. Macam syaz, syaz guna debit card. takda masalah. Insurans syaz ambil yang fully covered (zero excess) ini untuk driving dengan hati yang tenang memandangkan pertama kali driving di negara orang. Kekok dengan traffic, laluan bus, laluan bicycle dieorg. Jadi kalau berlaku apa2 accident, tak perlu risau nak bayar kerosakan kereta. Insurans dia selain dari zero excess ada lagi 2750 aud excess dengan 500 aud excess.. maksudnya kalau kita pilih yang 500 excess ni nanti kalau ada apa2 kerosakan, kita kene bayar maksimum 500 aud.

ARRIVAL:
Bila dah sampai boleh call nombor yang dia bagi untuk dia hantarkan shuttle van. Ada tempat tunggu dia berhadapan dengan Park Royal Hotel. Orang car rental akan minta tunggu di bus stop warna coklat.
belakang tu la yang dikatakan bus stop warna coklat tu. waktu mula2 sampai haritu pon syaz bersungguh2 mencari mana warna coklat nyeee.... rupenye sikit je tanda2 warna coklat tu.. hahaha. Sebab Syaz amik kereta malam, shuttle van ambil kami dan hantar ke Quality Hotel Melbourne untuk ambil kereta.

TOLL:
Sistem toll di Melbourne pakai system e-tag. e- tag ni syarikat rental car dah install pada kereta dah.  bila kita lalu je satu kawasan tu dan ada bunyi beeep maksudnya laluan tu ada toll la.. selama saya lalu di highway dia, saya tak nampak di kawasan toll tu ada toll booth macam kita di Malaysia.
smua bill2 toll tu dia akan charge ke credit/debit card kita. Untuk syarikat rental car ni, dia ada kenekan daily service fee untuk toll service tu sebanyak 3.30aud. Kat bawah ni sy share invoice yang sy terima berkenaan dengan charges toll. 

abaikan yang transaction declined tu sebab debit card tu hilang, syaz terpaksa cancelkan debit card tu, tu yang payment tak boleh go thru.


CARSEAT:
Disebabkan kitorang ada anak kecil, jadi memang wajib untuk ambil carseat ni. Di Australia memang rules nye kanak2 kene duduk dalam car seat. kalau jumpa polis tengah jalan tak pakai car seat ready la kene saman ya... boleh check dalam website untuk booking siap2 carseat ni... dalam 12aud shj per hire. kira murahla tu.. kalau rental car di uk diaorang kira 10pound per day... kalau rental 7 hari convert2 dekat rm500.. haha xbaloi sungguh. elok la bawak dari rumah car seat kalau camtu.

Selesa si Diniy ni duk dalam car seat dia... bersih. 


Ni kereta yang kitorang sewa. kereta ni auto. hihi... jadi syaz pon boleh drive..